Make your own free website on Tripod.com

Berita panas

Yahudi Gunakan Parti Pembangkang Pecah Belah Umat Islam Di Malaysia

Agenda CIA dan YAHUDI adalah untuk memecahbelahkan penduduk Indonesia supaya negara Islam terbesar ini musnah dan menjadi kecil bagi memudahkan mereka mengikut telunjuk Yahudi. Selepas itu, pastinya MALAYSIA negara Islam yang mantap dari ekonomi dan pengaruhnya. Tanda-tanda sudah ada terutama dengan pelbagai dakyah jahat disebar di ceramah parti siasah serta majlis agama. Asal ada peluang di mana saja mereka kemaruk untuk berfitnah dan menyebar dakyah hasutan termasuk di Internet dengan berpuluh homepej digunakan. Malah ancaman juga sudah ditaburkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dan pengecut ini menerusi Internet untuk membunuh Perdana Menteri....astaghfirullah..di mana letaknya jiwa Islam kita.

Apakah kita di Malaysia mahu melihat kejadian di Indonesia dilakukan dengan sewenangnya oleh Yahudi dan talibarutnya terhadap negara kita Sahabat seagama Islam, sedarlah "Sumpah Yahudi tidak pernah padam terhadap umat Islam sehingga kiamat dan jangan sesekali terpengaruh dengan usaha yang dapat membuka ruang kepada Yahudi memusnahkan kita." Usaha ini boleh dilakukan oleh mereka yang berpura kuat pegangan Islam atau kononnya melaungkan perjuangan Islam tetapi segalanya satu hipokrasi..Nauzubilla min zalik."

Sebagai umat Islam, kita sudah pasti sedar sekiranya seseorang atau sesebuah parti memperjuangkan Islam, usahanya itu perlu mencerminkan jiwa Islam tulen bak kata pepatah: "Kepimpinan Melalui Teladan". Lihatlah, gelagat PAS dan kebanyakan pemimpin parti PAS yang mendabik dada mengatakan berjuang untuk Islam dan berceramah ke sana sini. Seringkali, tertonjol sikapnya yang tidak selari dengan kehendak Islam hanya lebih berbau kepentingan politik. Jika kita dengar ceramahnya bukan saja suka berdebat ,mencela tetapi juga mengumpat keji orang lain. Adakah ini cara Islam dan ajaran yang disuruh oleh Rasulullah. Lebih jahat lagi jika parti-parti yang menyatakan dialah yang paling Islam dan menggunakan ayat-ayat Al-Quran serta hadith dengan niat mendapat sokongan atau pujian, tetapi kemudiannya menjalankan jarum menghasut dan boleh mencetuskan angkara kekacauan untuk memecahkan perpaduan dengan harapan parti itu popular....Allah alangkah hina perbuatan begini.

Sedarlah...Islam tidak suka kepada kehancuran dan onar. Segalanya hendaklah dilakukan penuh hemah dan bersabar....itulah sebenarnya keindahan Islam.

Daripada Buraidah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:

"Sesiapa membaca al-Qur’an untuk mencari makan daripada orang ramai maka pada hari kiamat nanti dia akan datang sedangkan wajahnya akan berupa tulang, tidak ada dagingnya." (Rawahu al-Baihaqi)

Sedarlah kita semua umat Islam...ajaran Islam tidak suka kepada kehancuran dan onar. Jika kita mengaku Islam...segalanya hendaklah dilakukan dengan penuh hemah dan bersabar....itulah sebenarnya keindahan Islam. Bukan ukurannnya kepada pakaian tetapi hati dan apa yang kita lakukan. Allahuakbar.

 

KE MANA PERGINYA KORPORAT PAYUNG TERJUN?

 

Kuala Lumpur – Sektor korporat di negara ini mula tertanya-tanya ke mana perginya beberapa tokoh korporat muda yang kebanyakannya muncul secara instant seperti cendawan tumbuh di musim hujan dan sering mengekori bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau berkuasa dulu.

Ini ekoran kebanyakan korporat muda yang menyertai dunia perniagaan secara payung terjun itu sangat agresif dan menonjol dengan pelbagai projek durian runtuh telah secara tiba-tiba lenyap begitu sahaja atau menjauhkan diri daripada dunia bisnes di Malaysia. Malah bayang mereka pun sukar dilihat di function perniagaan atau misi perdagangan di luar negara.

Menurut sumber-sumber korporat, antara tokoh korporat muda yang dikenali rapat dengan bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang kini menyepikan diri termasuklah Dato’ Nasaruddin Abdul Jalil, Dato’ Kamarudin Jaafar, Dato’ Kamaruddin Mohd. Nor, Dato’ Ahmad Nadzri Abdullah, Dato’ Ahmad Saad, Dr Wan Mohd Hasni Wan Sulaiman, Dr Rahim Ghouse, Dato’ Latif Mirasa, Dato’ Ishak Ismail, Dato’ Sarit Jusoh dan Yusof Jusuh.

Tambah sumber itu, mereka ini adalah di antara rakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang namanya banyak menikmati pelbagai projek kerajaan dan nama mereka turut disenaraikan dalam penerima projek-projek penswastaan yang diumumkan oleh EPU tidak lama dulu.

Difahamkan, hampir 20 projek penswastaan yang besar-besar bernilai berbilion ringgit dikaut oleh tokoh-tokoh korporat kroni Anwar ini semasa Mentor mereka itu berkuasa. Antara senarai projek kroni bekas TPM itu termasuklah projek KLIA, Express Rail Link; KL People-Mover Rapid Transit; Kuala Lumpur Linear City; Sistem Pengangkutan Bersepadu di Putrajaya, Perumahan ATM di Telok Air Tawar; Penswastaan Perkhidmatan Ambulan; Pengurusan Sisa Pepejal Seluruh Negara khusus di Pulau Pinang; Perkhidmatan Sokongan Hospital dan beberapa projek IPP di merata negara.

Sumber itu menambah lagi, pengaruh perniagaan tokoh korporat yang semakin menyepi ini begitu besar daripada sektor perbankan hingga kepada peruncitan. Ramai daripada mereka yang dipayung terjunkan dalam dunia perniagaan ini juga menguasai kepentingan dalam berpuluh syarikat yang disenaraikan di BSKL.

“Selama ini mereka bukan main gah sekali dengan pelbagai projek serta syarikat-syarikat besar kepada kami kerana mudah mendapatkan projek berkenaan walaupun tidak berpengalaman atau baru menceburi dunia perniagaan.

“Cuma timbul tandatanya kami apakah mereka kini telah berhenti dari profesion perniagaan selepas menjadi kaya raya atau tidak berdaya beroperasi kerana tidak ada penyokong seperti masa lalu. Ada juga daripada mereka ini yang telah menjual ekuiti mereka kepada pihak lain untuk mendapatkan sumber wang tunai termasuk kepada bukan Melayu,” kata sumber berkenaan.

Apa yang menarik untuk diperhatikan ialah kebanyakan mereka ini bukanlah mempunyai latar belakang busines, sebaliknya merupakan bekas setiausaha Anwar. Nasarudin Jalil dan Yusof Jusuh adalah bekas setiausaha sulit Anwar, sementara Sarit adalah setiausaha politiknya. Kamarudin Jaafar adalah bekas setiausaha politik Tun Ghafar yang ditanam oleh Anwar di pejabat Ghafar.

Mereka ini bergayut pada Anwar untuk survive dalam perniagaan masing-masing. Tanpa Anwar untuk beri projek pada mereka, keadaan mereka mungkin sukar.

 

***************************************************************

 

 Ulasan

DUIT TABUNG HAJI DAH KENA KEBAS?

Alhamdulilah, tahun ini nampaknya lebih ramai jemaah haji kita akan berlepas ke tanah suci Mekah untuk menunaikan fardhu haji iaitu Rukun Islam yang kelima. Kita berdoa Selamat Menunaikan Fadhu Haji dan semoga sentiasa mendapat barkah Allah SWT serta menikmati haji yang mabrur kepada semua jemaah haji. Dipanjatkan doa ...semoga jemaah kita ini dapat menunaikan tanggungjawab sebaik mungkin selaras dengan impian menjadi umat yang soleh dan terluputnya semua dosa-dosa masa lalu....sebersih kain putih.

Nampaknya, Tabung Haji tak lah sesak duit untuk hantar jemaah ke tanah suci seperti pernah dihebohkan sebelum ini. Malah, Tabung Haji sendiri telah berjaya meningkatkan kuota jemaah sehingga lebih 30,000 orang dengan mengambil sebahagian kuota daripada Indonesia yang mengalami kegawatan teruk. Malah menurut pihak Tabung Haji, mereka telah mencuba untuk mendapatkan kuota yang lebih besar tetapi tidak mendapat kelulusan daripada kerajaan Arab Saudi. Bagaimanapun syukur di tengah kegawatan dan fitnah busuk oleh pihak tertentu terhadap Tabung Haji, ia tetap tidak berganjak sebaliknya menambah pula bilangan jemaah. Syukur, Allah sentiasa kepada pihak yang benar dan syabas diucapkan kepada Tabung Haji.

Patutlah, tak ada lagi heboh-heboh pasal duit Tabung Haji kena kebas kebelakangan ini. Pihak yang selama ini bukan main kelentong mereka dengan bermacam tipu dan hasutan sudah malu alah sebab pekung sudah terdedah, perkara sebenar sudah diumumkan dan ramai jemaah pun sudah berlepas.

Kalau tidak, bukan main fitnah mereka kononnya wang simpanan di Tabung Haji dah dikebas kerajaan untuk bayar gaji kakitangan kerajaanlah dan ada digunakan untuk menebus hutang korporat serta anak pemimpin. Ada yang gamak menuduh kononnya wang tabung haji disapu dek anak Perdana Menteri. Pendek kata macam-macamlah dakyah dan pembohongan yang disebar seluas-luasnya terutama ke kampung-kampung. Masyaallah...apa dah jadi dengan umat Islam. Yang peliknya, ada setengah tukang sebar fitnah dan dakyah ni orang yang mengaku alim atau bepegang kuat kepada ajaran Islam. Apakah ini caranya kita menunjukkan keIslaman dengan membuat dakyah tipu muslihat...Bertaubatlah. Tahukah kita dosa menabur dakyah seumpama ini. Lebih-lebih lagi mereka ini yang sering mendabik dada dan dengan suara lantang di kampung-kampung mengaku mahu menjadi pemimpin rakyat.

Adalah menjadi harapan kita kepada para jemaah supaya pandai-pandailah menjaga diri dan nama negara. Jangan sampai di tanah suci nanti terlanjur perbuatan seperti setengah mereka yang suka mencemar nama negara dan pemimpin tanpa menghiraukan akibatnya terpecik ke muka sendiri serta menyusahkan semua pihak. Kita bimbang perbuatan begini nanti bukan pahala yang dibawa pulang tetapi bala dan dosa bertimbun. Kerjakan fardhu haji dengan kusyuk dan tawaduk. Moga-moga mendapat Rahmat dan Rahman daripada Allah SWT supaya semua umat dan negara Islam sejagat menikmati keamanan dan keharmonian.

Inginlah kita nasihatkan mereka yang mengakui golongan Reformasi mahupun parti pembangkang seperti PAS yang kononnya memperjuangkan Islam supaya hentikan kerja memukul canang serata pelusuk tanah air dengan berita palsu semata-mata mahu menegakkan agenda sendiri. Kerja menakutkan rakyat; melagakan orang ramai dan menghasut adalah kerja Syaitan. Bukankah Syaitan sudah berjanji akan melaga dan menghasut hati nurani umat Islam supaya mereka berbalah dan berperang sesama sendiri...dah tu janganlah kita meringankan dan membantu kerja Syaitan..

Wassalam.

Allah Benci Kepada Pengkhianat

Syukur alhamdulilah, mendung politik dan onak yang ditabur oleh pihak tertentu untuk mengeruhkan suasana negara supaya berlaku onar semakin pudar dan ternyata gagal. Usaha jahat itu tenggelam seperti karamnya kapal Titanic. Malah mereka yang suka membuat kacau dengan niat jahat ini semakin menyedari mereka sebenarnya sudah hilang punca.

Mungkin banyak persoalan telah bermain di hati mereka seperti:

  • Mahukah mereka melihat musnahnya perpaduan orang Melayu dan UMNO hanya kerana ketidakpuasan hati mereka dipengaruhi golongan berkepentingan memecahkan perpaduan umat Melayu?

  • Bersediakah mereka dipersalahkan oleh generasi akan datang jika berlaku ketidaktentuan dalam negara yang selama ini aman dan makmur?

  • Apakah mereka dapat menjanjikan masa mendatang yang cerah untuk generasi akan datang dengan tindakan mereka menghasut menentang kerajaan dan pemimpin?

Kita sewajarnya mempunyai rasa bimbang; jika salah tindakan kita kemungkinan-kemungkinannya boleh merugikan kita dan menguntungkan pihak tertentu dan parti pembangkang seperti DAP yang sudah bersedia menahan lukah. Akhirnya ke mana kita orang Melayu…..?

Justeru itu, mereka yang mempunyai niat buruk untuk mengeruhkan lagi politik mahupun ekonomi negara diharap segera bertaubat dan sedar, usaha sebegini bukan sahaja tindakan tidak beretika tetapi paling nyata tidak direstui Allah s.w.t. Bersyukurlah dengan pemberian Allah kepada kita di tanah air yang makmur dan harmoni biarpun banyak negara jiran dalam ketidaktentuan samada di bidang ekonomi, sosial mahupun politik sedangkan kita terus bertahan dengan nikmat Allah terutama dalam kegawatan yang melanda seluruh rantau ini.

Kerja jahat tidak sekali-kali dapat membawa faedah sebaliknya boleh memusnahkan apa yang dikurniakan Allah kepada kita sekarang. Janganlah kita merobek baju sendiri dan meludah di langit kerana kesannya tetap terkena kepada kita. Janganlah juga kita menjadi pengkhianat bangsa dan negara sehingga sanggup negara dicerca dan di kuasai penjajah. Tindakan sebegini adalah tindakan penderhaka, dibenci Allah.

Kini segalanya sudah terbukti, rakyat di negara ini tidak dapat menerima pembohongan dan omokan tipu helah mereka yang mahu menjejaskan kepentingan negara demi kepentingan individu, biar apapun slogan yang dibawa. Hari demi hari, rakyat berbilang kaum di seluruh tanah air menunjukkan sokongan padu mereka kepada usaha kerajaan dan negara. Ini tanda kesetiaan dan kesepakatan untuk memantapkan lagi negara yang dicintai.

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air dan kemakmuran sudah tentu kita tidak mahu membiarkan nama baik Malaysia tercalar. Ayuh, insaflah dan belajar bersyukur….kita tidak akan kerugian.

Alhamdulilah, akhirnya negara-negara asing khususnya negara maju sudah sedar betapa segala tohmahan terhadap Malaysia yang disumbat ke telinga dan pengetahuan mereka adalah tidak berasas. Mereka mula memperakui dan bersedia mendengar cadangan kita terutama berkaitan isu spekulator matawang dan keperluan mekanisme khusus untuk menyekat perkembangan negatif ini.

Malahan, mereka mulai berasa malu dan segan untuk mencampuri urusan negara ini agar tidak kelihatan bodoh seperti setengah negara yang terlajak dengan lantang bersuara mengenai Malaysia pada hal mereka tidak tahu menahu perkara sebenar. Kini negara-negara luar dan pelbagai pemimpin di peringkat antarabangsa terus memberikan sokongan kepada Malaysia yang diperakui tetap gemilang seperti sebelumnya cuma terjejas dek kegawatan ekonomi yang berpunca daripada spekulator rakus matawang yang mahu menjahanamkan ekonomi bukan sahaja di Malaysia tetapi sebahagian besar rantau Asia.

Sebagai rakyat Malaysia, sudah tentu kita tidak akan merelakan tanah air kita diperkotak katikkan oleh orang asing mahupun mereka mencampuri urusan kita.…inilah sewajarnya sumpah anak watan Malaysia.

 

BARAT SUDAH TERHANTUK BARU MAHU DENGAR SARANAN KITA

 

Suara dan saranan Malaysia mula mendapat sokongan padu serta perhatian serius di persada antarabangsa. Ini jelas dalam beberapa perbincangan antarabangsa yang dihadiri oleh pemimpin-pemimpin negara khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, seruan kita terus mendapat tumpuan terutama di kalangan pemimpin dan media Eropah. Apa tidaknya, beberapa negara Eropah sudah dapat menerima seruan Malaysia untuk mengawal selia kegiatan berbentuk spekulatif terhadap mata wang yang disuarakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad sejak setahun lalu di Hong Kong.

Sebelum ini pihak Barat lebih suka memperli seruan kita biarpun ia benar kerana keangkuhan mereka tidak mahu menerima kenyataan yang idea daripada Timur terutama Malaysia yakni negara kecil dan ramai penduduk serta pemimpin Islam adalah langkah yang tepat. Lainlah kalau idea itu dari Barat. Penerimaan mereka kali inipun setelah ekonomi mereka sendiri ditampar hebat dengan penguasaan eksport mereka merosot dengan mendadak ekoran kegawatan yang melanda Asia dan mula merebak ke Amerika Latin. Barulah, negara-negara maju pura-pura terbeliak dengan gelagat penyangak spekulator matawang dan ada yang berura-ura mahu merumus mekanisme menyekat tindakan tidak bertanggungjawab ini.

Sekarang barulah dengar bisikan dan pujian beberapa negara maju dan medianya terhadap usaha dan saranan kita setelah batang hidung mereka terkena tempias kegawatan ekonomi. Sebahagian besar negara maju kini mulai sedar yang mana intan dan kaca. Mulalah ada yang tampil menyatakan mereka terpesona dengan tindakan Malaysia yang berani berusaha sendiri memerdekakan dasar ekonominya sehingga menampakkan kejayaan tanpa perlu mengikut telunjuk mahupun bernaung di bawah payung IMF. Malaysia berjaya mencatat lebihan imbangan perdagangan tahun lalu berjumlah RM58.15 bilion yang mencerminkan usaha kerajaan memacu pertumbuhan ekonomi menerusi eksport dan penggantian import semakin menyerlah. Ini berbeza dengan negara-negara seperti Indonesia, Thailand dan Korea Selatan yang mengambil bantuan IMF telah terjerat dengan masalah ekonomi yang lebih besar.

Paling terbaru ialah sokongan padu yang dilahirkan sendiri oleh Perancis di persidangan Kumpulan Negara Membangun (G15) minggu lalu. Presiden Perancis, Jacques Chirac dalam pertemuan dengan Perdana Menteri sendiri memberi jaminan untuk memainkan peranan penting dalam memujuk kumpulan tujuh negara maju (G-7) lain supaya menerima pandangan Malaysia yang mengetuai kumpulan negara membangun (G15) bagi mewujudkan satu reka bentuk baru kewangan antarabangsa. Seruan Malaysia berhubung rekabentuk baru kewangan antarabangsa ini juga telah mendapat sokongan daripada Jerman, Kanada dan Jepun. Mereka sependapat idea kita wajar diketengahkan dan mahu mendesak G-7 mengkaji usaha ini.

Yang tinggal sekarang hanya Amerika Syarikat dan Britain yang pastinya terpaksa juga menelan keegoan mereka berikutan kegawatan ekonomi kini melarat daripada Asia Pasifik ke Amerika Latin. Amerika Syarikat sendiri baru-baru ini dikejutkan dengan krisis ekonomi yang melanda secara mengejut di Brazil, negara terbaru menerima jangkitan kegawatan yang dikhuatiri memberikan tekanan kepada eksport Amerika Syarikat. Britain pun apa kurangnya, perkembangan ini sudah tentu memberikan tekanan kepada eksportnya dan sekaligus ekonominya.

 

***********************************************************************

KETAWA…..JADI MUDA

Three Contractors and the tunnel

There are three contractors – a German, an Italian and an Indian – bidding for a contract to build a tunnel ini Malaysia. During the interview, the German said, "We are very capable contractor . We have experience to dig the tunnel from the West to the East." The Italian said, "We have even better experience. We dig many tunnels from the north to the south. The Indian said, "We can build not just good tunnel but also very fast. We will dig from both ends dan it will meet in the middle." Then the Malaysia interviewer asked, " What about if it would not meet in the middle?" The Indian replied, " Then, Sir, you will have two tunnels with one price."


ANWAR DITELAN Y2K

Perbicaraan Dato’ Seri Anwar bermula pada tahun 1998 dan dijangka akan berakhir hingga tahun 2000. Bila masuk tahun 2000, perbicaraan tidak dapat diteruskan. Kenapa? Jawabnya: Kerana Anwar ditelan Y2K.

Message on a leaflet

If you cannot read, this leaflet will tell you everything including.

Signboard Outside a restaurant

Bantai is an Exclusive Restaurant. Everyone welcome

AIDS

 

Wife : ‘You look sad, what’s wrong with you?”

Husband : “This letter confirms that I have AIDS.”

Wife : “ What! You devil….hippocrate. How could you do this to us?’ (crying)

Husband : “Why are you so mad? I don’t do things behind your Back. What I want to tell you was that I have Annual Increment Deficiency Syndrome.”

***********************************************************************