Arkib

BEBERAPA TOKOH KORPORAT

AKAN DISERET KE MAHKAMAH

 

Kuala Lumpur 12 Feb. - Beberapa tokoh korporat akan diseret ke mahkamah tidak lama lagi atas berbagai tuduhan, antaranya menipu bank, memutar belit (manupulate) pasaran saham, memberi rasuah serta pecah amanah.

Menurut sumber-sumber yang layak dipercayai, kes mengenai salah laku ini telahpun berada di tangan Peguam Negara dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk bertindak ke atas mereka ini.

"Segala pertuduhan ke atas mereka sudahpun siap. Fail mengenai kesalahan mereka sudahpun berada di tangan Peguam Negara. Dijangka Peguam Negara akan mengambil tindakan pada bila-bila masa saja sekarang ini," kata sumber itu lagi.

Kesemua tokoh-tokoh korporat ini terlibat mengendalikan syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur dan saham syarikat mereka pernah menjadi "saham panas" di satu ketika dulu.

Antara tuduhan yang akan dihadapkan kepada mereka ialah memutar belit pasaran saham di mana ada yang menggunakan kedudukan mereka dalam syarikat masing-masing bagi tujuan tersebut.

"Ada di antara mereka yang menggunakan syarikat broker saham sendiri untuk memanipulasi pasaran saham. Ini satu jenayah," kata sumber itu lagi.

Terdapat di antara tokoh korporat ini yang menipu bank secara menggunakan dokumen tidak betul, akaun tidak betul dan memberi rasuah kepada pegawai bank tertentu.

Selain itu, ada pula tokoh korporat yang melakukan pecah amanah serta menggunakan kedudukan mereka untuk menipu syarikat sendiri.

Semua mereka yang melakukan kesalahan jenayah kolar putih ini akan menerima habuan masing-masing tidak lama lagi.

 

***************************************************************

 Ulasan

CIA: PECAHKAN INDONESIA

 

Selain fahaman komunis, Islam telah dikenal pasti sebagai satu force yang boleh mengancam falsafah, budaya, pemikiran dan politik Barat. Oleh itu ia mesti ditangani dengan satu perancangan yang tersusun. Sejak berlakunya Revolusi Islam Iran pada tahun 1979 yang mencabar kuasa Amerika Syarikat di luar negara, Agensi Perisikan Pusat (CIA) mula memberi perhatian yang serious kepada dunia Islam yang dianggap sebagai "ancaman".

 

Menurut fail sulit CIA yang disiarkan oleh akbar-akbar Amerika satu ketika dulu, agensi perisikan itu telah diperuntukan jumlah belanjawan yang besar untuk "menjinakkan" force Islam di seluruh dunia dengan apa cara sekalipun supaya menjadi "alat" kepada kuasa Amerika. Sejak itu perancangan disusun bagi mematahkan kebangkitan Islam sebagai satu force.

 

Laporan itu menyebut yang CIA membahagikan dunia Islam kepada dua iaitu dunia Arab dan dunia bukan Arab. CIA tidak bimbang kepada force Islam di dunia Arab kerana Britain dan Perancis telah dapat pecah-pecahkan kekuatan bangsa Arab di awal abad 20 dengan membentuk negara-negara Arab yang kecil-kecil dengan jumlah penduduk yang kecil pula, jadi mereka hilang kekuatan.

 

Oleh kerana bangsa Arab mempunyai berbagai suku kaum yang sering berbalah dan berperang sesama mereka, ini merupakan faktor yang memudahkan kerja-kerja CIA mengawal force Islam di dunia Arab. Mana-mana negara Arab yang kuat akan dicari musuh baginya. Misalnya Mesir merupakan sebuah kuasa besar di dunia Arab, tetapi disebabkan mempunyai Isreal sebagai musuh, maka ia mudah diletakan di bawah kawalan Amerika. Mesir pula menerima banyak bantuan kewangan dan senjata daripada Amerika.

 

Kemudian muncul Iraq sebagai satu force tentera. Sejak 1990, atas nama Operasi Desert Storm, Amerika memusnahkan negara Islam tersebut. Hingga kini Iraq terus dilumpuhkan. Saddam mesti ditumbangkan. Clinton mengumumkan untuk menawarkan 97 juta dolar kepada kumpulan-kumpulan penentang Saddam baru-baru ini. Mereka sebenarnya membiayai orang-orang pelarian Iraq di luar negara yang menentang Saddam.

 

Apa yang CIA paling bimbang ialah force Islam di dunia bukan Arab seperti Iran, Indonesia, Malaysia, Turkey. Keempat negara ini mesti diletakkan dalam kocek Amerika. Turkey sudahpun berada dalam kawalan Nato. Tinggal tiga negara lagi. Iran, Malaysia dan Indonesia mesti dilumpuhkan. CIA tidak pernah patah semangat untuk memusnahkan Iran. Puak-puak penentang kerajaan Iran di luar negara diberi sokongan kewangan yang banyak untuk membuat "kacau."

 

Demikian juga Malaysia, mesti "dimusnahkan" ataupun diletak dalam "kawalan" Amerika. Ini lebih-lebih lagi Mahathir begitu lantang mengkritik Amerika dan Barat. Jadikan dia sasaran nombor satu. Cari orang yang "pro Amerika" di kalangan pemimpin Malaysia yang boleh menjadikan Malaysia "wilayah pengaruh Amerika." Calon terbaik mestilah dari UMNO kerana hanya pemimpin UMNO yang akan menjadi Perdana Menteri. Asuh dia, sokong dia. Calon terbaik mereka adalah Anwar Ibrahim. Apabila Anwar didakwa di mahkamah CIA panik. Jadi mereka bantu bangkitkan kekacuan di Kuala Lumpur. Sokong penyokong Anwar, sokong reformasi. Kemuncak kepada usaha menyelamatkan "orang mereka" ialah Naib Presiden Al Gore sendiri datang menyatakan sokongan terbuka kepada Anwar dan penyokong reformasi. Sokongan yang berterusan akan diberi kepada penentang kerajaan sehingga Mahathir ditumbangkan dan Anwar ditabal sebagai peimpin Malaysia. Mereka membiayai pelarian-pelarian Malaysia yang kini berada di beberapa negara asing. Inilah perancangan CIA untuk Malaysia.

 

Agensi Perisik Pusat ini telah menyiarkan iklan dalam akbar Guardian di Britain tahun lalu untuk mendapatkan ramai agen-agen mereka di kalangan orang Islam samada yang tinggal di dunia Islam ataupun di negara Barat. Mereka menawarkan gaji dan ganjaran lumayan. Paling rendah gajinya RM10,000 sebulan. Seorang pegawai tinggi CIA dipetik berkata langkah mengambil egen di kalangan umat Islam adalah kerana agensi perisik itu sering kali gagal menembusi rahsia gerakan Islam. Beliau mengakui telahpun mempunyai jaringan dalam gerakan-gerakan belia Islam, NGO Islam dan pertubuhan-pertubuhan Islam sejak sekian lama.

 

Indonesia merupakan negara Islam paling besar di dunia dengan jumlah umat Islam 200 juta. Jadi musnahkan Indonesia. Caranya, tumbangkan Suharto, kerana dengan adanya beliau tidak mungkin negara Indonesia dapat dipecah-pecahkan. Indonesia yang mempunyai beribu-ribu pulau mesti dijadikan seperti USSR. USSR telahpun menjadi sejarah. Kesatuan Soviet yang menjadi penentang utama Amerika satu ketika dulu telah dipecah-pecah menjadi negara-negara kecil supaya mereka lemah. Gunakan teori yang sama di Indonesia.

 

Maka itu merdekakan Timur Tiomer. Merdekakan Aceh. Merdekakan Ambon. Merdekakan Sumatra. Merdekakan Kalimantan. Akhirnya yang disebut Indonesia hanyalah Pulau Jawa sahaja. Inilah perancangan CIA. Mereka sudah kelihatan mencapai matlamat mereka. Indonesia mesti dilemahkan kerana ia merupakan kuasa besar di ASEAN, kuasa Islam terkuat di rantau ini dan kuasa Melayu terkuat yang boleh menjadi ancaman kepada Singapura, sahabat Isreal dan Amerika.

Sedarlah umat Islam. Ini bukan cerita fiction. Ini cerita benar. Ancaman ini real.

 

***********************************************************************

KETAWA…..JADI MUDA

Three Contractors and the tunnel

 

There are three contractors – a German, an Italian and an Indian – bidding for a contract to build a tunnel ini Malaysia. During the interview, the German said, "We are very capable contractor . We have experience to dig the tunnel from the West to the East." The Italian said, "We have even better experience. We dig many tunnels from the north to the south. The Indian said, "We can build not just good tunnel but also very fast. We will dig from both ends dan it will meet in the middle." Then the Malaysia interviewer asked, " What about if it would not meet in the middle?" The Indian replied, " Then, Sir, you will have two tunnels with one price."

***********************************************************************