Make your own free website on Tripod.com

Ulasan:

Yahudi Gunakan Parti Pembangkang Pecah Belah Umat Islam Di Malaysia

Alhamdulilah sejak kebelakangan ini negara kita terus menuju ke arah pemulihan ekonomi biarpun dalam keadaan perlahan tetapi pemulihan semakin ketara. Dari segi keharmonian pula, kita beruntung kerana di negara-negara lain pelbagai karenah timbul terutama di Indonesia negara jiran kita yang paling hampir bukan sahaja mengalami masalah ekonomi yang teruk tetapi kini hangat diharuk pelbagai kekacauan sehingga berbunuh-bunuhan sesama sendiri; tetapi di Malaysia segalanya terus aman.

Bagaimanapun berhati-hatilah, ada pihak yang berusaha untuk memecah-belahkan kita...pihak ini sudah pastinya si Yahudi dan CIA. Tidak kurang juga peranan si konco-konco yang dipasang dalam sesebuah negara (bahasa kasarnya si talibarut atau penderhaka) yang hendak dikuasai oleh Yahudi itu sendiri. Apa yang amat membimbangkan Yahudi ini suka menggunakan strategi orang dalam dan persatuan atau parti pembangkang di sesebuah negara yang menjadi sasarannya. Ini yang kita perlu berwaspada dan bimbang kerana ada parti politik yang berkecenderungan mengikut telunjuk Yahudi dan pihak yang mahu menghancurkan MALAYSIA.

Saudara-saudaraku....lihat saja pertumpahan darah dan kekacauan di Ambon dan kini melarat ke Kalimantan. Sebagai umat Islam, di manakah airmata kita dan sumpah sebenar kita sehingga rela melihat Yahudi menghancurkan umat Islam yang sudah dilupakan ajaran Islam di lubuk hati mereka sehingga sanggup berbunuhan sesama sendiri seperti di beberapa negara Islam.....Astaghfirullah.

Jelas sungguh peranan CIA dan Yahudi untuk menghancurkan Indonesia dan memecah belahkan negara paling ramai umat Islam itu sudah mula berputik. Tunggulah sedikit masa lagi segala perancangan mereka akan berbuah kerana kelalaian dan semangat penduduk Indonesia yang berkobar-kobar mahu menghancurkan sesama sendiri dan negara mereka. Ada pula pemimpinnya yang kuat dengan perjuangan parti Islam di Indonesia mencari sokongan daripada Barat dan Yahudi Amerika. Semuanya bermotif kepentingan sendiri dan mahu merebut kuasa. Mereka lupa pada saat genting di mana ekonomi goyah dan keharmonian berantakan...disitulah mereka perlu bersatu dan mengorbankan sebarang kepentingan diri...inilah baru pejuang Islam.

Kini, keamanan sudah dicemari dan keharmonian yang pernah dikecapi telah dibuang semata-mata untuk mengikut nafsu mereka yang dibakar semangatnya oleh CIA dan Yahudi. Apakah mereka sudah lupa, belenggu penjajah Barat yang dulu melagakan mereka sebelum menjajah dan kini taktik sama digunakan tetapi semua tidak menyedarinya. Berkurun penduduk di Indonesia bersatu sebagai satu bangsa tetapi kini dengan mudah mereka berpecah dan berbunuhan dengan masalah agama dan kaum.

 

 

Agenda CIA dan YAHUDI adalah untuk memecahbelahkan penduduk Indonesia supaya negara Islam terbesar ini musnah dan menjadi kecil bagi memudahkan mereka mengikut telunjuk Yahudi. Selepas itu, pastinya MALAYSIA negara Islam yang mantap dari ekonomi dan pengaruhnya. Tanda-tanda sudah ada terutama dengan pelbagai dakyah jahat disebar di ceramah parti siasah serta majlis agama. Asal ada peluang di mana saja mereka kemaruk untuk berfitnah dan menyebar dakyah hasutan termasuk di Internet dengan berpuluh homepej digunakan. Malah ancaman juga sudah ditaburkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dan pengecut ini menerusi Internet untuk membunuh Perdana Menteri....astaghfirullah..di mana letaknya jiwa Islam kita.

Apakah kita di Malaysia mahu melihat kejadian di Indonesia dilakukan dengan sewenangnya oleh Yahudi dan talibarutnya terhadap negara kita Sahabat seagama Islam, sedarlah "Sumpah Yahudi tidak pernah padam terhadap umat Islam sehingga kiamat dan jangan sesekali terpengaruh dengan usaha yang dapat membuka ruang kepada Yahudi memusnahkan kita." Usaha ini boleh dilakukan oleh mereka yang berpura kuat pegangan Islam atau kononnya melaungkan perjuangan Islam tetapi segalanya satu hipokrasi..Nauzubilla min zalik."

Sebagai umat Islam, kita sudah pasti sedar sekiranya seseorang atau sesebuah parti memperjuangkan Islam, usahanya itu perlu mencerminkan jiwa Islam tulen bak kata pepatah: "Kepimpinan Melalui Teladan". Lihatlah, gelagat PAS dan kebanyakan pemimpin parti PAS yang mendabik dada mengatakan berjuang untuk Islam dan berceramah ke sana sini. Seringkali, tertonjol sikapnya yang tidak selari dengan kehendak Islam hanya lebih berbau kepentingan politik. Jika kita dengar ceramahnya bukan saja suka berdebat ,mencela tetapi juga mengumpat keji orang lain. Adakah ini cara Islam dan ajaran yang disuruh oleh Rasulullah. Lebih jahat lagi jika parti-parti yang menyatakan dialah yang paling Islam dan menggunakan ayat-ayat Al-Quran serta hadith dengan niat mendapat sokongan atau pujian, tetapi kemudiannya menjalankan jarum menghasut dan boleh mencetuskan angkara kekacauan untuk memecahkan perpaduan dengan harapan parti itu popular....Allah alangkah hina perbuatan begini.

Sedarlah...Islam tidak suka kepada kehancuran dan onar. Segalanya hendaklah dilakukan penuh hemah dan bersabar....itulah sebenarnya keindahan Islam.

Daripada Buraidah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:

"Sesiapa membaca al-Qur’an untuk mencari makan daripada orang ramai maka pada hari kiamat nanti dia akan datang sedangkan wajahnya akan berupa tulang, tidak ada dagingnya." (Rawahu al-Baihaqi)

Sedarlah kita semua umat Islam...ajaran Islam tidak suka kepada kehancuran dan onar. Jika kita mengaku Islam...segalanya hendaklah dilakukan dengan penuh hemah dan bersabar....itulah sebenarnya keindahan Islam. Bukan ukurannnya kepada pakaian tetapi hati dan apa yang kita lakukan. Allahuakbar.

 

Ketawa:

A 75 year old woman had a dream one night in which she spoke to God.

She asked Him: "How much time do I have to live?"

He said: "You have 30 years left."

So that year she had a great deal of cosmetic surgery...a face lift, a tummy tuck, her nose reshaped, lipposuction, bosom uplift,....etc, etc. She had decided that since she was going to live another 30 years she was going to look young again.

However, after all this rejuvenation work was completed she was hit by a car and instantly killed.

When she entered Heaven she walked over to God and said: "What happended? I thought you said I had another 35 years!"

God replied: "I’m sorry, I didn’t recognise you!"

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Berita Panas

Taktik Pas - Tawan dan Politikkan Surau Dan Masjid Seluruh Negara

Sejak akhir-akhir ini nampaknya ada satu trend baru PAS dalam mengembangkan populariti dan pengaruh mereka. Biasalah selama ini kalau mereka memperalat dan menjual agama untuk kepentingan mereka menerusi ceramah-ceramah di kampung-kampung. Taktik terbaru mereka kini ialah dengan strategi `Tawan Surau dan Masjid’.

Awas dengan taktik `Tawan Surau dan Masjid’ yang akan disebarkan ke seluruh pelusuk tanah air oleh PAS. Jawatankuasa PAS yang berjaya dibentuk di surau mahupun masjid ini pula akan mengamalkan taktik `Pecah dan Belah’ jika ada golongan atau jemaah yang pro kepada parti lain terutama UMNO atau yang tidak berparti untuk membolehkan mereka mempengaruhi makmum berkenaan supaya menyertai PAS yang dikatakan perjuangan Islam.

Modus Operandi PAS untuk mempolitikkan surau dan masjid:-

* mula-mula menanamkan semangat dan mengingatkan kes Sdr Anwar Ibrahim

* melaga-lagakan penyokong UMNO dengan golongan belia khususnya Reformasi

* rancang pembentukan kabinet daripada ahli PAS untuk surau dan masjid

* bawa masuk secara perlahan-lahan orang PAS ke tengah jemaah. Sebelumnya tidak kerap ke surau atau masjid kini timbul setiap hari sebulan dua sebelum mesyuarat agung dan pemilihan jawatankuasa baru

*merapatkan diri dengan jemaah sambil menanam dakyah anti kerajaan dan UMNO.

*akhir sekali singkirkan jawatankuasa daripada ahli UMNO dan terus BERKUASA.

Segalanya dilakukan dengan terancang dan seolah-olah secara demokrasi untuk mengabui mata masyarakat setempat. Hanya Allah sahaja yang tahu perbuatan mereka..berilah petunjuk kepada mereka ini.

Inilah agenda terbaru PAS supaya surau dan masjid dijadikan tempat mereka berdakyah serta mahu memonopolinya untuk usaha politiking. Apakah ini cara yang diajar oleh Islam, sehinggakan tergila-gilakan kuasa dibawa ke rumah Allah? Lupakah mereka amaran Allah sedangkan mereka selama ini sering berdakwah....apakah motif politikm dan kuasa menghalalkan apa yang ditegah oleh Islam? Nampaknya, PAS adalah parti yang caca-marba pemikiran dan pegangannya yakni perkara ditegah boleh dihalalkan mereka jika ia berpihak kepada mereka....Ingatlah hukum Allah.

Strategi ini semuanya untuk memudahkan mereka menganjurkan ceramah dan dakyah membenci kerajaan sebebas-bebasnya dan secara meluas. Mereka mahu mempengaruhi semua jemaah dan qariah di tempat-tempat mereka bertapak dengan politik PAS. Apa tidaknya, dengan kuasa di surau dan masjid mereka boleh menjemput penceramah dan tokoh PAS untuk berceramah (bukan mengajar kesucian dan kemurnian umat Islam tetapi membenci kerajaan dan UMNO) secara motivasi yang halus. Astaghfirullah...apadah jadi adakah ini diajar oleh Islam dan teladan terbaik supaya wujud perasaan benci membenci dan perpecahan.

Parti-parti lain khususnya UMNO tidak pernah menetapkan UMNO menguasai surau atau masjid kerana rumah Allah adalah dianggap milik semua umat Islam dan bukan tempat mempersoalkan urusan duniawi lebih-lebih lagi politik menghentam orang lain.

Mengikut seorang ahli PAS yang berpengaruh, matlamat mereka kini mendoktrinkan perjuangan PAS kepada semua ahli masjid atau surau dan kemudiannya mereka ini pula diminta mempengaruhi yang lain sehingga ke dalam rumah. Kita bimbang tindakan PAS ini akan mewujudkan perpecahan di kalangan umat Melayu dan menjadi precedent kepada parti lain berebut-rebut di surau dan masjid.....(Malulah kepada bukan Islam yang nanti akan menempelak kita...dahlah satu masalah Yahudi nak mempermainkan umat Islam ini sekarang orang Islam pulak...bukannya nak ajar mengenali Islam serta menjadi umat Islam berjiwa murni. Ini tidak sebaliknya pulak...hasad dengki, berebut dunia, buat tak serupa bikin dan memecah belahkan umat yang biasanya praktis kaum Yahudi).